
Beberapa minggu sebelum ini kecoh dengan isu pengubahsuaian rumah tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan. Isu ini bukan hanya diketengahkan secara spesifik bagi rumah apartment atau flat, malah kediaman teres juga turut menjadi perhatian ramai.
Namun, satu lagi isu yang sering berlaku di kawasan perumahan bertingkat adalah ‘cop’ tempat letak kenderaan. Ruang parking di rumah flat kebiasaannya adalah bebas dan tidak dimiliki oleh individu tertentu bertepatanlah dengan konsep siapa cepat dia dapat.
‘Cop’ Parking Pakai Tong Sampah, Motosikal
Baru-baru ini, tular di Twitter seorang penghuni flat sempat merakamkan penduduk lain ‘cop’ tempat letak kereta dengan meletakkan tong sampah di tengah-tengah ruang parkir. Pentingkan diri sendiri betul orang tu!
HIDUP NAK KAYANGAN TAPI TAK SEDAR DIRI MISKIN. pic.twitter.com/jaKzNsk7Dt
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) June 13, 2022
Selain itu, menerusi perkongsian video kedua pula, kelihatan seorang lelaki meletakkan motosikalnya di ruang tempat letak kereta. Agak-agak lepasni nak ‘cop’ pakai apa pulak?
Posted by Zul Hilmi Abdullah on Wednesday, June 8, 2022
Manakala dalam perkongsian rakaman ketiga, situasi hampir sama dalam video pertama. Seorang wanita menarik dan meletakkan tong sampah di ruang parking kenderaan selepas keretanya keluar.
Posted by Zul Hilmi Abdullah on Wednesday, June 8, 2022
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sememangnya tidak bersetuju dengan perbuatan tidak bermoral dan hanya menyusahkan orang lain ini. Selain itu, ramai yang memberi pendapat bahawa mereka yang duduk di rumah flat sepatutnya bersikap toleransi dan tidak mementingkan diri sendiri.

Duduk la dekat mana sekalipun, kita kenalah ada common sense terutama bila hidup berjiran ni. Barulah harmoni!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


