Gara-gara Ingin Memikat Janda, Pengawal Keselamatan Ditahan Menyamar Jadi Tentera

Entertainment
2 Jun 2022 • 12:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Dek kerana ingin memikat seorang wanita yang berpangkat anggota tentera bergelar janda, seorang pengawal keselamatan telah menyamar menjadi pegawai tentera.

Menurut Kosmo, perbuatan tersebut walau bagaimanapun telah ‘memakan diri’ apabila suspek yang diburu sejak tahun 2018 berusia 27 tahun itu telah diberkas di rumahnya dekat Rumah Rakyat Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan pada pukul 5.50 petang kelmarin.

image is not available


Pakaian seragam, senjata ‘airsoft’ & gari antara dirampas

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, pihak mereka telah merampas pakaian seragam beserta aksesori termasuklah senjata ‘airsoft’, beg berlogo pasukan keselamatan dan sepasang gari.

Hasil soal siasat juga mendapat lelaki itu mengaku terbabit dalam kes menyamar sebagai pegawai tentera di Kem Batalion Kedua, Rejimen 508, Askar Wataniah, Kem Tampin pada 8 Disember 2018.

image is not available

Tambah polis lagi, suspek juga didapati telah menyamar sebagai pegawai berpangkat kolonel dalam Grup Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Suspek masuk ke kawasan kem atas urusan ingin berjumpa dengan pegawai berpangkat Sarjan Mejar dan Penolong Pegawai Memerintah.

“Bagaimanapun, lelaki itu gagal menunjukkan kad identiti ATM selepas diminta berbuat demikian,” ujarnya.

image is not available

 

Masuk kem untuk buktikan berpangkat tinggi dalam ATM

Hasil siasatan juga mendedahkan suspek yang bertugas sebagai jaga di Pedas telah berkenalan dengan seorang janda yang berkhidmat sebagai tentera di kem tersebut pada tahun 2018 lalu.

Suspek mahu membuktikan kepada wanita itu bahawa dia seorang pegawai berpangkat tinggi dalam ATM,” kata polis.

Jelas polis lagi, suspek kemudian telah membeli pakaian seragam daripada seorang anggota tentera yang lari daripada tugas.

image is not available

Sebelum ini juga pernah tular mengenai suspek yang dilaporkan berpakaian tentera dan orang ramai terutamanya anggota dan pegawai tentera yang bertugas di kem diminta agar berhati-hati kerana bimbang individu itu masuk juga ke kem lain.

image is not available

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.

Wanita kat luar sana hati-hatilah kalau berkenalan dengan mana-mana lelaki. Selidik dulu sebelum memulakan sebarang hubungan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.