“B*doh Punya Sistem” – Beli Tiket ‘Online’ Masih Kena Beratur, ‘Parents’ Bengang Sistem Taman Tema Di Selangor

7 Jun 2022 • 10:43 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tibanya musim cuti sekolah ataupun cuti hujung minggu yang panjang, pastinya pasangan yang mempunyai anak-anak akan membawa mereka untuk bercuti dan meluangkan masa bersama-sama.

Dan sudah diduga, lokasi atau pusat peranginan akan penuh sesak dengan kehadiran pengunjung sekaligus akan wujud perkara-perkara yang tidak diigini seperti waktu menunggu yang terlalu lama, tambahan di fasa endemik COVID-19 ini.

Seperti yang dialami seorang individu ini yang mengeluh kerana terpaksa berhadapan dengan insiden mengecewakan iaitu dia dan keluarga terpaksa beratur panjang meskipun sudah membeli tiket secara dalam talian.

image is not available

Katanya, kenapa perlu beratur di kaunter meskipun sudah membelinya ‘online’.

Cerita individu itu lagi, dia dikehendaki untuk beratur selama hampir dua jam bagi tujuan ‘redeem’ tiket pusat rekreasi yang terkenal di Selangor itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut bersetuju dengan luahan hati individu dan berkongsi pengalaman yang sama.

Sama pernah kena dulu, dia punya beratur sama macam KLCC kalau tinggikan barisan tu. – netizen

Dalam pada itu, netizen beranggapan sistem pembelian tiket secara dalam talian sudah mencukupi dan tidak perlu lagi cara konvesional kecuali untuk kes-kes berkecuali.

image is not available

Sumber : Facebook  

Ujar netizen, insiden tersebut membuatkan pengunjung membazir masa dan tenaga kerana kebanyakan mereka ingi menghabiskan cuti dengan aktiviti-aktiviti sebaiknya, bukan dengan beratur panjang sehingga berjam-jam lamanya.

image is not available 8 minit lalu

(VIDEO) - Mengaku Imam Mahdi, Pemandu Myvi Tengah ‘High’ Jadi Punca Kemalangan 5 Kenderaan