“Baik beli dekat drugstore” – [VIDEO] Lelaki Ini ‘Share’ Tips Kenal Pasti Produk Timbang Kilo

Entertainment
3 Jun 2022 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang tau tak produk timbang kilo itu apa? Bagi yang tak tahu, produk timbang kilo adalah produk kecantikan yang dihasilkan serta dijual secara kilo atau timbang kati yang kebiasaannya dibeli oleh sesetengah golongan yang ingin jadi jutawan dalam masa yang singkat. Produk ini tidak semuanya melalui proses pengilangan yang betul.

Lelaki Kongsi Cara ‘Detect’ Produk Timbang Kilo

Kebanyakan produk tersebut adalah produk penjenamaan dan pembungkusan semula mengikut jenama yang dikeluarkan. Baru-baru ini, seorang lelaki ada berkongsi di TikToknya @Gudang Skincare tentang cara untuk mengenal pasti produk timbang kilo.

Datang Bersama 1 Set Lengkap, Tekstur Pekat, Bau Sangat Wangi

image is not available

Menurut lelaki ini, cara paling ketara untuk mengenal pasti produk timbang kilo adalah melalui cara pembungkusannya. Kebiasaannya, produk ini didatangkan dalam satu set lengkap bersama krim siang, krim malam, sabun dan toner.

Selain itu, lelaki ini menjelaskan yang produk ini mempunyai warna terang serta mempunyai tekstur yang pekat likat dan berkilat. Bau produk ini pula sangat wangi bertujuan untuk menutup bau merkuri yang kuat.

image is not available

Di akhir video, lelaki ini mengatakan yang produk ini semuanya lebih kurang sama kerana krim tersebut dah sedia dibuat di kilang dan hanya tinggal proses pembungkusan sahaja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang lebih cenderung untuk membeli produk di ‘drug store’ seperti Watsons dan Guardians. Ada juga berkongsi pengalaman buruk mengalami masalah kulit yang serius ketika menggunakan produk timbang kilo ini.

image is not available

Korang pernah tak terbeli produk timbang kilo ni?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.