Samsung Galaxy Watch5 Berkemungkinan Besar Tidak Hadir Dengan Bezel Berputar

TechnologyDigital
3 Jun 2022 • 2:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Anda sukakan sistem bezel berputar pada siri jam tangan pintar Galaxy Watch? Berita kurang menarik hari ini ialah besar kemungkinan pada Galaxy Watch5 kelak tidak akan hadir dengan ciri yang unik pada jam tangan Samsung.

image is not available

Aplikasi Samsung Health Beta telah dilancarkan oleh Samsung minggu ini dan meniriskan dua model Galaxy Watch yang akan dilancarkan tahun kelak. Dua model tersebut ialah Galaxy Watch5 dan Galaxy Watch5 Pro. Tiada langsung Galaxy Watch5 Classic dipaparkan. Tahun ini model dengan bezel berputar menggunakan nama Classic.

Ketiadaan ciri ini mungkin akan mengecewakan pengguna jam tangan Samsung sejak era Tizen kerana ia memudahkan navigasi. Tetapi jam tangan pintar Watch OS tidak memerlukan bezel seperti dapat dilihat pada Pixel Watch. Maka secara logiknya bezel dikorbankan kerana tidak diperlukan Watch OS baharu.