Konon Meniaga Sayur Lepas Bersara, Bekas Ketua Polis Negara Jawab Isu Foto Viral

7 Jun 2022 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador baru-baru ini telah menafikan gambar kononnya dia sekarang menjual sayur di salah sebuah pasar awam.

Menurut gambar yang dimuat naik oleh pengguna Twitter berkenaan, kelihatan seakan-akan Hamid Bador sedang duduk di tepi jalan sambil menjual sayur-sayuran dan menurut posting berkenaan, kononnya bekas ketua polis tersebut kelihatan tidak kekok berniaga.

“Bekas IGP niaga hasil kebun sayur d kaki lima pasar awam. Ada berani yg lain. Tak segan pun beliau, salute to u.”

Namun, perkara tersebut telah dinafikan oleh bekas ketua polis berkenaan sambil menjelaskan bahawa foto yang ditularkan tersebut sebenarnya gambar yang lama dan telah disebarkan kembali.

Menurut Hamid Bador, foto tersebut sebenarnya telah diambil oleh orang awam semasa dia melawat rakannya yang berniaga di pasar awam yang difahamkan di Melaka tersebut.

image is not available

Menerusi foto yang tular tersebut, Abdul Hamid kelihatan sedang memegang sesuatu yang dipercayai buku nota dan pen selain berada dalam keadaan duduk di belakang barang jualan yang dipercayai sayur-sayur di sebuah pasar awam.

Pun begitu, ramai berpendapat bahawa tidak menjadi masalah sekiranya bekas ketua polis berkenaan untuk menceburi bidang perniagaan kerana Abdul Hamid pernah memberikan komen yang dia ingin fokus kepada hobi bercucuk tanamnya selepas bersara dalam satu wawancara.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.