Tesla Dijangka Memperlihatkan Prototaip Robot Manusia Mereka Pada 30 September

TechnologyDigital
5 Jun 2022 • 11:51 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk kini berkongsi mengatakan hari mendemonstrasikan produk AI daripada Tesla kini dijadualkan kepada 30 September, dan menariknya mereka menyasarkan untuk mempertontonkan prototaip robot berbentuk manusia mereka pada tarikh berkenaan.

Tesla sebelum ini telah memperlihatkan secara kasar rekaan robot mereka, dan mengatakan ia akan membantu manusia dalam melakukan tugasan berulang.

image is not available

Perkongsian Elon Musk ini hadir selepas beliau turut mengumumkan akan mengurangkan hampir 10% tenaga kerja di Tesla.

Apa pun, sebelum ini beberapa kali Elon Musk pernah menjanjikan sesuatu perkara, dan ia sering tertangguh. Sama-sama kita nantikan adakah kita akan melihat robot Tesla ini pada 30 September ini, atau ia turut akan tertangguh dengan pelbagai alasan.