Dua Budak Lelaki Dirakam Cium Dan Raba Penunggang Motosikal Wanita Ketika Berhenti Di Lampu Isyarat Merah

Entertainment
12 Jun 2022 • 12:55 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Kalau situasi macam ni berlaku dekat Malaysia, tak kiralah kau kecik, besar atau orang tua, mesti dah kena pengajaran. Apapun, kelakuan kanak-kanak lelaki di Jakarta ini mencuri tumpuan bila mereka sesuka hati meraba dan mencium penunggang motosikal wanita.

Keadaan ini berjaya dirakam dan tersebar menunjukkan dua budak lelaki meraba dan mencium punggung seorang wanita.

Memetik laporan Detik.com, video itu dikongsikan pengguna Instagram @sedulur_solo dan penunggang motosikal wanita ketika itu sedang berhenti di lampu isyarat.

Dua kanak-kanak lelaki yang sedang bermain di tepi jalan kemudian mendekati pembonceng wanita dan terus menyentuh punggung dan menciumnya.

Unit Polis Perkhidmatan Awam Bandung yang melihat video tersebar terus ke lokasi iaitu di simpang jalan Pasirkaliki-Sukajadi. Dua budak lelaki itu bagaimanapun tidak berjaya ditemui dan polis terpaksa memanggil penjaga mereka keesokan harinya.

Kredit: Instagram | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved