Sondol Wanita Hingga Mati, Kambing Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun

Entertainment
5 Jun 2022 • 1:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seekor kambing dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita di Sudan Selatan bulan lepas.

Dalam kejadian itu, wanita berusia 45 tahun telah disondol seekor kambing dan telah menyebabkan tulang rusuk wanita itu cedera. Mangsa, Adhieu Chaping telah meninggal dunia di tempat kejadian. akibat sondolan kuat kambing itu.image is not available

Memetik laporan Lad Bible, kambing itu kini dalam tahanan di Balai Polis Maleng Agok Payam, Sudan Selatan. Pihak polis memberitahu sumber berkenaan penahanan kambing itu adalah atas faktor menganggu keselamatan awam.

Pemilik kambing itu walau bagaimanapun tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan dan dia juga didapati tidak bersalah. Pemilik kambing yang juga berjiran dengan mangsa telah diarahkan oleh mahkamah untuk memberi lima ekor lembu sebagai ganti rugi kepada keluarga mangsa.

image is not available

Pihak polis telah memutuskan kambing yang menyondol wanita hingga terbunuh itu untuk dipenjara dalam kem tentera selama tiga tahun.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.