Plaza Tol PLUS TIdak Lagi Menerima Transaksi Tunai Pasca Kes Koronavirus

TechnologyDigital
19 Mar 2020 • 6:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bermula hari ini, kesemua plaza tol Projek Lebuhraya Utara Selatan tidak akan lagi menerima sebarang transaksi tunai. Kesemua pengguna diwajibkan menggunakan kad Touch ‘n Go bagi melakukan pembayaran tol.

image is not available
Langkah mengejut ini diambil selepas seorang penjaga tol PLUS didapati dijangkiti wabak Covid-19 semalam. Bagi mengelakkan insiden yang sama berlaku kepada kakitangan dan pelanggan, sebarang jenis pembayaran yang melibatkan interaksi antara individu perlu dielakkan.

Bagi mereka yang mungkin tidak memiliki kad Touch ‘n Go, anda boleh memasukkan kredit ke dalam MyKad anda.