Google, Microsoft Dan Twitter Mengarahkan Kakitangan Di Ireland Bekerja Dari Rumah Kerana Koronavirus

TechnologyDigital
4 Mar 2020 • 8:19 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Wabak koronavirus telah meragut lebih 2000 nyawa dan memaksa pembatalan puluhan acara besar kerana risiko penularannya yang dilihat semakin serius. Di Ireland, sebagai langkah berjaga-jaga Google, Microsoft dan Twitter mengarahkan lebih puluhan ribu kakitangan untuk bekerja dari rumah bermula hari ini.

image is not available
Arahan diberikan selepas seorang kakitangan Google dilaporkan menunjukkan salah satu simptom Covid-19. Langkah drastik yang diambil Google ini didedahkan oleh Andrian Weckler, seorang wartawan teknologi untuk Irish Indepedent semalam menerusi ciapan Twitter,

Selain diambil sebagai langkah berjaya-jaya koronavirus, ia turut akan digunakan Google sebagai eksperimen untuk melihat sama ada organisasi masih boleh berfungsi sekiranya kakitangan bekerja dari rumah secara besar-besaran.

Google mempunyai lebih 8000 kakitangan sementara Microsoft dan Twitter pula masing-masing mempunyai 2200 dan 220 kakitangan. Sebuah lagi gergasi internet Facebook masih belum mengarahkan 3500 kakitangan mereka di Ireland untuk bekerja dari riumah tetapi mengharamkan lawatan sosial bukan pekerja ke pejabat mereka.