Dua tahun yang lalu Qualcomm Snapdragon 835 mula digunakan pada PC di bawah inisiatif Always Connected PC. Ini diikuti pula oleh Snapdragon 850 dan Snapdragon 8cx tahun lalu. Hari ini dua cip pemproses terbaru Snapdragon 7c dan Snapdragon 8c diumumkan bagi meneruskan usaha menghasilkan komputer riba yang sentiasa berhubung dan mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama berbanding komputer Windows lain di pasaran.

Snapdragon 8c pula memberikan peningkatan 30% berbanding Snapdragon 850. Ia dilengkapi modem X24 LTE dan Qualcomm AI Engine dengan kemampuan 6 TOPS. Seperti Snapdragon 8cx, 8c dihasilkan menggunakan teknologi 7nm.

Snapdragon 7c menyasarkan penggunaan pada komputer kelas permulaan, Snapdragon 8C pada komputer kelas perdana manakala Snapragon 8cs pula untuk komputer kelas mercu. Kesemua ini dilakukan tanpa penggunaan kipas untuk penyejukan dan rekaan yang lebih nipis.
Sungguhpun begitu sehingga kini penggunaan cip ini di pasaran adalah masih rendah malahan tidak ditawarkan secara meluas di negara kita Malaysia.
