Rekaan Sony Xperia 2 Tertiris Dengan Skrin 21:9 Dan Sistem Trikamera

15 May 2019 • 10:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Xperia 1 diumumkan ketika acara MWC 2019 bulan Februari yang lalu. Ia sehingga ini masih belum ditawarkan di pasaran dengan pra-tempahan dibuka hanya di Eropah dan Amerika Syarikat pada waktu ini. Walaupun begitu, rekaan Sony Xperia 2 telahpun tertiris hari ini menerusi laman Cashkaro.

image is not available
Sekilas pandang Xperia 2 mempunyai rekaan skrin memanjang 21:9 yang hampir sama dengan Xperia 1. Perbezaan terletak pada trikamera utama yang kini diletakkan pada bucu atas kiri dan bukannya pada paksi tengah panel belakang. Bahagian dahi masih lagi besar bagi menempatkan gagang telinga dan kamera hadapan.

image is not availablePengimbas cap jari pula diletakkan pada sisi kanan bersama dengan butang kuasa, suara dan kamera. Skrin peranti ini juga dipercayai hanya sebesar 6.1″ berbanding 6.5″ pada Xperia 1. Tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi melainkan cip Snapdragon 855, memori sebesar 6GB RAM dan bateri sebesar 3000 mAh. Tarikh pelancaran masih lagi misteri.