Covid-19 Kini Diisytihar Sebagai Pandemik Oleh WHO

TechnologyDigitalSpace
12 Mar 2020 • 7:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selepas lebih dua bulan mengejutkan China, WHO hari ini akhirnya mengiistiharkan wabak Covi-19 sebagai sebuah pandemik. Pengumuman ini dilakukan ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus hari ini selepas kes jangkitan di luar China meningkat lebih 13 kali ganda dalam masa hanya dua minggu.

image is not available
Di negara seperti Itali, kes kematian telah mencecah lebih 900 individu sehingga memaksa pembatalan liga Serie A. Ini mengakibatkan kerajaan mengarahkan kesemua perniagaan kecuali makanan dan farmasi ditutup sebagai langkah drastik mengurangkan kebarangkalian wabak dari merebak.

Sementara itu di negara lain seperti Denmark kesemua sekolah dan universiti telah diarahkan ditutup serta penjawat awam bekerja dari rumah. Negara kita Malaysia pula telah mengambil langkah drastik menghalang kemasukan rakyat dari negara Itali, Iran, Korea Selatan dan China.

Penyakit dikategorikan sebagai pandemik apabila merebak di beberapa negara secara serentak di seluruh dunia. Ia berbeza dengan penyakit epidemik yang berlaku dalam jumlah yang besar di dalam kawasan yang kecil contohnya ialah wabak Ebola Kivu di Kongo tahun lalu.