Aaliyah raih gangsa di Moomba Masters 2024

11 Mar 2024 • 11:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Aaliyah

RATU luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah meneruskan kecemerlangannya di Australia apabila meraih pingat gangsa keseluruhan wanita Kejohanan Moomba Masters 2024 di Melbourne hari ini.

Atlet berusia 20 tahun yang membuat penampilan ke-11 di kejohanan berkenaan mengumpul keseluruhan 2215.25 mata dalam kejohanan berlangsung di Sungai Yarra.

Aliaksandra Danisheuskaya dari Amerika Syarikat memenangi pingat emas dengan 2911.11 mata diikuti wakil New Zealand Sade Ferguson yang mengumpul 2477.89 mata.

Bagaimanapun, Aaliyah terlepas podium dalam acara jump terbuka wanita apabila menamatkan saingan di tempat kelima selepas melakukan lompatan 44.5 meter dan keenam dalam acara tricks dengan 5,030 mata.

"Saya sangat teruja dapat tempat ketiga keseluruhan. Realitinya untuk saya berada di podium acara tricks atau jump boleh berlaku jika melakukan latihan intensif. Tapi saya tidak dapat melakukan latihan sebanyak itu enam bulan lepas kerana pelajaran dan peperiksaan di universiti.

"Saya tetap akan terus lakukan yang terbaik dan menyasarkan untuk menjadi antara atlet luncur air peringkat teratas dunia dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved