Aaron-Roy King juara Jepun Masters

15 Nov 2026 • 1:55 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Aaron-Roy King juara Jepun Masters

PETALING JAYA: Pasangan pecah ganding negara, Aaron Tai-Yap Roy King muncul beregu lelaki pertama Malaysia merangkul gelaran pada Kejohanan Badminton Jepun Masters di Kumamoto, Jepun, hari ini.

Beregu ke-57 dunia itu meneruskan siri kejutan mereka apabila membenam gandingan tuan rumah yang menghuni ranking No. 10 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 16-21, 21-13, 21-15 dalam masa 55 minit pada perlawanan akhir.

Pertembungan tersebut merupakan kali pertama membabitkan kedua-dua pasangan dalam Jelajah Dunia BWF dan kejayaan yang diukir beregu muda Malaysia itu meletakkan mereka kini mendahului rekod pertemuan 1-0 ke atas bekas juara dunia berkenaan.

Selaku juara pada kejohanan berstandard Super 500 itu, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$39,500 (RM161,398) berserta pingat emas.

Gelaran di Jepun Masters adalah kejayaan kedua Aaron-Roy King sejak digandingkan bersama awal Oktober lalu, selepas memenangi Terbuka Arctic.

Selepas ini, fokus Aaron-Roy King perlu dialihkan kepada Terbuka Hong Kong pula yang bermula minggu depan. – UTUSAN

The post Aaron-Roy King juara Jepun Masters appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved