Aaron-Roy King juara Terbuka Artik

11 Oct 2026 • 10:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Aaron-Roy King juara Terbuka Artik

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara yang dibentuk secara sementara, Aaron Tai-Yap Roy King melakar kejutan apabila muncul juara Terbuka Artik di Finland, hari ini.

Aaron-Roy King yang membuat penampilan sulung sebagai gandingan di Jelajah Dunia, menewaskan pasangan Taiwan ranking ke-60 dunia, Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, 21-19, 21-19, lapor Berita Harian.

Mereka mempamerkan ketenangan sepanjang perlawanan sebelum memastikan kemenangan dalam tempoh 41 minit untuk merangkul gelaran pertama mereka,

Aaron dan Roy King, yang masing-masing adalah gandingan tetap Kang Khai Xing dan Wan Arif Junaidi, adalah sebahagian daripada eksperimen rombakan pasangan yang dilaksanakan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi.

Kejayaan itu sekali gus memberi petanda positif terhadap percubaan berkenaan, apabila gandingan sementara itu membuktikan kemampuan mereka untuk bersaing dan menjuarai kejohanan Jelajah Dunia.

Dengan kemenangan itu, Aaron-Roy King membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM141,460).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved