Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 1:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 15 NOV: Ahli Dewan Negeri (ADN) Tanjung Bidara Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 bagi penggal kedua, hari ini.

Ab Rauf, 65, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Utama, Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) di Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini pada 12.10 tengah hari.

Istiadat itu turut disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Salhah Salleh serta calon-calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang meraih kemenangan, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M Saravanan.

Terdahulu, Ahmad Zahid menghadap Yang Dipertua Negeri di Istana Melaka di Bukit Beruang bagi menyerahkan watikah pencalonan jawatan Ketua Menteri berkenaan.

Keputusan PRN Melaka semalam menyaksikan Ab Rauf mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Yunazri Mustamiri dalam saingan satu lawan satu.

Gabungan BN-Perikatan Nasional (PN) memperoleh majoriti lebih dua pertiga untuk membentuk kerajaan negeri dengan BN memenangi 21 kerusi, manakala PN meraih tiga kerusi daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan.

PH pula memperoleh empat kerusi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved