Kekal Terajui Melaka, Ab Rauf Rasmi Angkat Sumpah Ketua Menteri Bagi Penggal Kedua

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 1:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka bagi penggal kedua selepas kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ketua Menteri Melaka penggal kedua

Pengerusi BN Melaka itu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam pada Ahad.

Advertisement

Istiadat berkenaan berlangsung di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, Ayer Keroh.

Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Majlis angkat sumpah itu turut dihadiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong serta Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Terdahulu, Ahmad Zahid mengumumkan pencalonan Ab Rauf untuk terus menerajui kerajaan negeri susulan kemenangan gabungan BN dan PN pada PRN Melaka yang berlangsung Sabtu.

Keputusan PRN Melaka

Keputusan PRN Melaka ke-16 menyaksikan BN memperoleh 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memenangi tiga kerusi.

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) memperoleh empat kerusi daripada keseluruhan 28 kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan 24 kerusi oleh gabungan BN-PN membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri dengan majoriti melebihi dua pertiga.

Dalam pilihan raya tersebut, Ab Rauf turut berjaya mempertahankan kerusi DUN Tanjung Bidara dengan majoriti 8,615 undi selepas menewaskan calon PH, Mohd Yunazri Mustamiri.

PRN Melaka

Kemenangan itu menyaksikan peningkatan majoriti yang ketara berbanding PRN Melaka 2021, apabila beliau hanya menang dengan majoriti 364 undi.

Untuk rekod, Ab Rauf mula dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 pada 31 Mac 2023 bagi menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang meletakkan jawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BN2026-11-14 21:27:36

(TERKINI) PRN Melaka : BN - PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 24 Daripada 28 Kerusi

The post Kekal Terajui Melaka, Ab Rauf Rasmi Angkat Sumpah Ketua Menteri Bagi Penggal Kedua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved