Melaka isytihar Isnin cuti khas

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 1:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Melaka isytihar Isnin cuti khas
Ab Rauf ketika sidang media pada Ahad.

MELAKA - Kerajaan negeri mengisytiharkan Isnin, 16 November sebagai cuti khas sempena meraikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengisytiharan itu dibuat sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan BN dan PN selain penghargaan kepada rakyat yang memberikan kepercayaan serta mandat kepada kerajaan negeri untuk meneruskan pentadbiran.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas selesai istiadat mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam pada Ahad.

Katanya, cuti khas itu juga sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

Turut hadir, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan.

Keputusan PRN Melaka menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN memperoleh tiga kerusi dan Pakatan Harapan (PH) empat kerusi.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved