Abang-Abang Bangladesh Pun Sokong Malaysia di Qatar

26 Jan 2024 • 3:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Selain Ultras Malaya, Kelibat Warga Bangladesh Sokong Malaysia Di Bangku Stadium Sentuh Perasaan

Kehadiran sekumpulan warga Bangladesh yang dilihat menyokong Malaysia sewaktu perlawanan terakhir dalam peringkat kumpulan E, Piala Asia AFC 2023 menentang Korea Selatan malam tadi, telah menyentuh perasaan warga maya.

Untuk makluman, Qatar telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Piala Asia AFC buat edisi kali ini. Maka, ini memberatkan para penyokong Malaysia untuk datang ke negara tuan rumah bagi menyokong skuad kebangsaan.

Sungguhpun begitu, ada segelintir golongan Ultras Malaya yang sanggup mengosongkan jadual dan membelanjakan banyak wang demi memegang peranan sebagai Ekor Harimau Malaya.

Namun, siapa sangka bahawa skuad kebangsaan kita telah memiliki penyokong dari luar negara, yang turut ‘turun datang’ bagi memeriahkan suasana perlawanan.

Pemain bola sepak wanita Malaysia, Intan Sarah atau nama gelarannya Intan Serah telah berkongsi pengalamannya menyaksikan perlawanan epik antara Harimau Malaya menentang Taeguk Warriors menerusi laman X-nya (@serahsocool).

Ketika beliau menyaksikan perlawanan tersebut, Intan ternampak sekumpulan warga asing, dipercayai warga Bangladesh mengenakan aksesori penyokong Malaysia.

“Selalu post ultras Malaya. Kali ni post abang abang Bangladesh yang semangat sokong Malaysia. Brothers! ” tulis Intan pada rungan kapsyen.

Dalam video pendek yang berdurasi 12 saat itu, penyokong warga asing itu telah memegang bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang dan mengenakan topi berwarna putih.

Mereka duduk di atas tempat duduk Stadium Al-Janoub berdekatan Alwakrah, Qatar secara tertib dan menonton perlawanan berkenaan dengan sangat khusyuk.

Ciapan Intan di laman X itu telah mendapat perhatian warga maya iaitu kira-kira 3.5 jumlah ulang kicau. Rata-rata memberikan respons terharu dengan kehadiran penyokong warga asing yang merasakan tindak tanduk mereka sangat comel.

“Lepas habis kerja, terus datang stadium. Salute,” tulis ciapan pengguna @theonlyajam.

“Sebab sokongan diorang lah dapat seri dengan Korea malam ini,” ujar pengguna @specnsmth.

Sumber: serahsocool via X