Abang Bomba Dipuji Bantu Bantu Pemandu Terbabas Akibat Lemah, Siap Bawakan Ke Hospital

19 Feb 2026 • 4:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Tindakan seorang anggota bomba dalam membantu menyelamatkan seorang pemandu sedang menjadi tumpuan orang ramai.

Ianya tular menerusi satu hantaran video yang dimuat naik oleh anggota bomba itu sendiri, Norman Affan di TikTok dan meraih lebih 1 juta jumlah tontonan dalam masa sehari.

Video tersebut memperlihatkan seorang pemandu lelaki berumur berada di tepi jalan, lelaki tersebut dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum didatangi Norman dan anggota bomba yang lain.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat begitu kaku dan menjelaskan bahawa dia tidak keluar dari kenderaan kerana tidak boleh berjalan. Menurut pemilik video, lelaki itu dikatakan ada menjalani rawatan dialisis.

Selain itu, dapat dilihat yang Norman menawarkan bantuan kepada lelaki itu untuk menghantarkan ke hospital kerana ia akan memakan masa lama untuk menunggu ambulans sampai.

@norman_affan

Semoga pakcik kembali sihat serta dipermudahkan segala urusan dunia & akhirat . OPERASI TAHUN LEPAS . #bomba #kemalanganjalanraya #fypシ゚ #rescue #normanaffan

♬ original sound – norman_affan – norman_affan

Setibanya di hospital, Norman menjelaskan kepada kakitangan kesihatan bahawa lelaki tersebut pengsan ketika sedang memandu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kebaikan Norman dalam membantu mangsa dan ada juga yang memuji cara Norman ini berkomunikasi dengan warga yang lebih tua daripadanya dengan begitu sopan dan beradab.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.