Abang Dahlia ‘Meletup’, Kecewa Netizen Kecam Adik Lepas Buka Tudung

LocalEntertainment
18 Sep 2025 • 5:11 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia dahlia 1

Keputusan penyanyi Dahlia menanggalkan hijab nampaknya tidak menerima reaksi positif masyarakat.

Mereka mempersoalkan alasan yang diberikan Dahlia kerana gadis itu sudah berhijab sejak usia 6 tahun.

Terbaru, abang Dahlia dalam laporan Utusan Malaysia tampil mempertahankan adiknya yang kini dalam fasa memahami agama.

Abang pertahan keputusan adik

Menurut Muhammad Syakir Alif, adiknya enggan terus mengenakan tudung tanpa mengetahui kefahaman sebenar dari sudut syariat.

image is not available

Syakir turut meluahkan rasa kesal terhadap kecaman melampau netizen yang menurutnya tidak berhemah, malah ada yang melemparkan kata-kata kesat kepada adiknya.

Keluarga kami memahami akan reaksi masyarakat, namun saya kecewa dengan kata-kata kesat yang dilemparkan terhadap adik saya. Apabila Dahlia menyatakan dia kurang memahami agama sejak zaman persekolahan, maksudnya dia hanya mempelajarinya secara akademik, bukan secara rohani.

Jelas Syakir, pemakaian tudung adiknya sebelum ini hanyalah sekadar memenuhi kewajipan tanpa benar-benar memahami hikmah di sebaliknya.

Saya akur bahawa menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim, namun kita juga perlu memahami bahawa proses pematangan rohani berbeza bagi setiap individu.

Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin ini berharap orang ramai dapat terus mendoakan agar Dahlia terus diberi hidayah dan kekuatan untuk mendalami agama dengan sebaiknya.

Mohon netizen henti kecaman melampau

image is not available

Syakir turut mengingatkan bahawa Islam mengajar umatnya untuk menegur dengan adab, bukan dengan penghinaan.

Dia mendoakan agar Allah memberikan hidayah kepada netizen yang mengecam Dahlia. Kepada yang menyebarkan fitnah kononnya ibu bapa gagal mendidik Dahlia dengan ilmu agama pula, Syakir menyerahkan kepada Allah untuk memberikan balasan yang setimpal.

Pssttt! Doakan yang baik-baik buat keluarga ini. Semoga Dahlia kembali ke imejnya yang lama sambil mengenali agama dengan lebih mendalam lagi.

Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.