Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Didakwa Esok

25 Jul 2024 • 4:40 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hussein Omar Khan - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata, suspek berusia 26 tahun itu akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira jam 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang anggota polis di Perak kini sedang direman. - BERNAMA