Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Akan Didakwa Esok

25 Jul 2024 • 3:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suspek Kes Bunuh Nur Farah Kartini Akan Didakwa Esok

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, esok.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata suspek berusia 26 tahun akan dituduh esok mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Nur Farah Kartini, 25, dilaporkan hilang pada 10 Julai lepas sebelum mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang lima hari kemudian.

Suspek yang juga seorang anggota polis di Perak kini direman.

Sumber: BERNAMA