“Abang hentak kepala dekat…”- Netizen tergamam, tular pesanan suara didakwa mirip Alif Teega?

Entertainment
30 Nov 2023 • 10:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Tular sebuah ‘voice note’ dimuat naik seorang pengguna TikTok yang didakwa milik pempengaruh media sosial, Alif Teega mengasari isteri pertama, Aisyah Hijanah sehingga menarik perhatian ramai.

Tular video, dakwa Aisyah Hijanah dikasari Alif Teega?

Menerusi video tular, jelas kedengaran suara Aisyah sedang marah serta kecewa terhadap sikap suaminya selepas menggunakan kekasaran sewaktu berlakunya pertelingkahan antara dia dan Alif Teega.

Malah, perbuatan tersebut dilihat oleh anak perempuan mereka iaitu Khadeejah yang kini berusia 2 tahun selain menyatakan Alif akan masuk ke dalam lokap.

“Harini abang akan masuk lokap! Sebab abang hentak kepala abang dekat tepi kepala Aisyah tadi kan? Khadeejah nampak, Aisyah tak mulakan penderaan fizikal.
“Harini abang akan masuk lokap! Bagus, bagus. Umi akan nampak anak dia masuk lokap harini, bagus!”ujar Aisyah dalam nada marah dan kecewa.

@4rever.kami

Viral di rumah hijau, voice Aisyah Hijanah dan alif teega !

♬ Dawai – Amsyarleee

Aisyah tak boleh nafikan, minta henti kongsi di media sosial

Sementara itu, menerusi kenyataan dimuat naik di laman Instagram, pempengaruh berusia 25 tahun itu meminta orang ramai untuk berhenti daripada berkongsi beberapa hal peribadi rumah tangganya dengan suami di media sosial.

Ujarnya, ia akan membuatkan situasi rumah tangganya bertambah buruk dan biarlah masalah itu diselesaikan secara dalaman tanpa penglibatan orang luar.

“Pertama, saya tidak boleh menafikan mahupun membenarkan mana-mana perkara kerana tidak mahu semakin lama semakin besar hal ini.
“Saya mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan untuk berhenti daripada berkongsi. Kerana hal ini akan bertambah teruk. Biarlah saya dan yang terlibat untuk menyelesaikan hal ini dari sudut dalaman,”katanya.

image is not available

Jelas Aisyah, dia dan suami berada dalam keadaan baik dan memohon maaf kepada orang ramai kerana isu rumah tangganya telah menganggu kesejahteraan mental serta emosi.

Aisyah yang kini sedang hamil lima juga berterima kasih kepada mereka yang tidak henti mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Sumber: IG Aisyah Hijanah, TikTok @4rever.kami