Abang jaga Hospital Kajang ‘dicari’, dipuji ringan tulang

14 Sep 2026 • 3:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abang jaga Hospital Kajang ‘dicari’, dipuji ringan tulang

PETALING JAYA – Seorang pengawal keselamatan di Hospital Kajang mencuri perhatian ramai dengan sikap ramah dan ringan tulangnya tidak berkira membantu pesakit serta pengunjung.

Menerusi perkongsian seorang lelaki itu, pengawal berkenaan dikatakan bertugas berhampiran unit rawatan rapi dan wad 1 hospital berkenaan dan pernah membantu mengangkat ibunya dari kerusi roda ke dalam kereta, kira-kira dua tahun lalu.

Apa yang membuatkannya yang menggunakan profil @Aliffaim3n di media sosial itu tersentuh, pengawal sama masih bertugas di hospital tersebut sehingga kini dan tetap mengekalkan sikap baiknya terhadap orang ramai.

“Guard (jaga) ni wajib dapat penghargaan sebab dia baik sangat. Sekarang saya melawat kenalan di Hospital Kajang Iagi, dia masih bekerja dan kekalkan kebaikan tu.

“Tiap kali kereta lalu nak keluar pagar, dia akan angkat tangan, tolong kita betulkan kereta masuk parkir sebab sana susah dan rapat. Orang tanya, dia akan senyum dan jawab dengan sopan.

Dia pun langsung tak main telefon tau! Semoga abang dimurahkan rezeki sihat tubuh badan. Malaysia perlukan lebih ramai orang baik macam abang,” katanya.

“Memang baik. Saya baru keluar wad minggu lepas. Nampak je kereta menantu, dia cepat-cepat datang nak tolong angkat beg dan barang bawa masuk kereta,” ujar @Aimi_shas7172.

“Esok nasi bungkus sampai. Orang baik, kita balas baik. Alhamdulillah,” komen @Muaz_muz.

“Betul. Aritu parkir penuh, tapi saya bawa anak kecil. Dia bagi je parkir kawasan dekat kawasan bukan parkir. Dia minta tinggalkan nombor telefon untuk hubungi kalau perlu alih kereta,” kongsi @Ieyna_lim.

Dalam pada itu, seorang wanita yang mendakwa sebagai kakak kepada pengawal berkenaan tampil mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai.

“Hai semua! Terima kasih atas sokongan dan kata-kata semangat. Ni adik saya, nama dia Nagenthiran.

“Kata-kata daripada semua sangat memberi kekuatan kepada keluarga kami. Terima kasih semua,” ucap @Mittahtailoring. – KOSMO! ONLINE

The post Abang jaga Hospital Kajang ‘dicari’, dipuji ringan tulang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved