'Jangan masuk penjara. Kotor, ganas dan penghinaan' - Yasin Sulaiman kongsi suasana hospital jauh lebih baik, berat badan turun naik

11 Sep 2026 • 11:41 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Jangan masuk penjara. Kotor, ganas dan penghinaan' - Yasin Sulaiman kongsi suasana hospital jauh lebih baik, berat badan turun naik

PENYANYI dan komposer Yasin Sulaiman menyifatkan tempoh empat tahun setengah yang dilaluinya di penjara dan Hospital Bahagia sebagai episod paling sukar.

Sepanjang tempoh berkenaan, Yasin ditempatkan di penjara Sungai Buloh sebelum dipindahkan ke hospital bahagia Ulu Kinta, kemudian ke penjara Kajang dan kembali semula ke hospital berkenaan.

"Keadaan di hospital jauh lebih baik daripada penjara. Penjara adalah tempat yang teruk. Sangat kotor, sangat ganas, sangat penghinaan.

"Apabila ada pemeriksaan keselamatan dibogelkan, ketuk-ketampi. Teruk sangat keadaan di penjara. Jangan masuk penjara kalau boleh," kongsi Yasin.

Image from: 'Jangan masuk penjara. Kotor, ganas dan penghinaan' - Yasin Sulaiman kongsi suasana hospital jauh lebih baik, berat badan turun naik

Malah, bekas penyanyi kumpulan Brothers itu turun naik sepanjang berada di sana.

Berat badannya pernah turun daripada sekitar 65 kilogram (kg) kepada 48kg sebelum meningkat sehingga 80 kilogram selepas dimasukkan ke Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak dan mengambil ubat.

Dengan berat badan sekitar 77kg, Yasin mahu menyingkirkan 17kg lagi untuk mencapai berat 60 kilogram.

“Daripada 65 kilogram, berat saya turun sampai 48 kilogram sewaktu berada dalam penjara. 

“Kemudian apabila masuk hospital dan makan ubat, berat naik pula sampai 80 kilogram. Sekarang berat saya sekitar 77 kilogram dan saya cuba untuk turunkan sehingga 60 kilogram,” katanya.

Yasin ditemui media buat kali pertama selepas dibebaskan pada 2 September lalu. 

Imbas kembali 28 April 2025, pemilik nama Mohammad Yasin Sulaiman dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Rayuan, namun diperintahkan untuk ditempatkan semula di Hospital Bahagia Ulu Kinta sehingga diperkenankan Sultan Selangor.

Sumber: Instagram Awani, Gempak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved