Abang Nak Putuskan Hubungan Adik Beradik Hanya Kerana Tak Mahu Jadi ‘Guarantor’

Entertainment
18 Jul 2022 • 4:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Air dicincang tidak akan putus, begitulah perumpaan Melayu dalam menghuraikan keakraban adik beradik. Mungkin ada waktu dan ketika di mana adik beradik boleh bergaduh atau bermasam muka tetapi semua itu pasti ada jalan penyelesaiannya.

Baru-baru ini, perkongsian pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr. Azizul Azli Ahmad di laman Facebook miliknya menarik perhatian netizen.

Menurut laporan Kosmo!, dia telah menerima sebuah direct message di Facebook, seorang individu menggunakan platform tersebut untuk berkongsi masalah yang ditimpanya apabila abangnya ingin memutuskan hubungan adik beradik hanya kerana si adik tidak mahu menjadi penjamin (guarantor) ketika abangnya hendak membeli kereta.

“Saya memang tidak mahu menolong dia menjadi penjamin. Sekarang dia sudah maki hamun saya cakap adik-beradik sombong, tidak boleh tolong. Selepas itu, hendak putuskan hubungan adik-beradik” tulisnya.

Difahamkan, abangnya itu meminta bantuan adiknya kerana dia tidak mempunyai lesen memandu dan pengadu itu meminta pendapat serta pertolongan Dr. Azizul itu.

Dr. Azizul hanya berpesan untuk mengutamakan diri sendiri dahulu kerana walaupun kita mempunyai pertalian darah dengan seseorang itu, tiada sebarang jaminan yang boleh menyelamatkan diri kita.

“Semua perkara dalam hidup ini ada ‘tanda dan petandanya’. Ia tidak berlaku dengan tiba tiba. Maka, sayangi diri sendiri dulu, apakah kita kurang sangat kasih disayang hingga sanggup mengharapkan orang maki kita sayangi kita.” tulisnya.

Renungkan ok guys?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.