Abang Ni Tanya "Darkside" Ada Bini, Tak Sangka Dengan Jawapan Geng Suami

Family & ParentingLifestyle
7 Jun 2026 • 1:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Abang Ni Tanya "Darkside" Ada Bini, Tak Sangka Dengan Jawapan Geng Suami

Abang Ni Tanya "Darkside" Ada Bini, Tak Sangka Dengan Jawapan Geng Suami

Bila bercakap tentang alam perkahwinan, pasti ramai yang mempunyai pelbagai gambaran mengenainya.

Ada yang membayangkan kehidupan penuh bahagia, ada juga yang risau memikirkan tanggungjawab besar selepas bergelar suami atau isteri.

Bagi lelaki khususnya, perkahwinan bukan sekadar soal mempunyai pasangan hidup. Ia datang bersama amanah yang besar.

Sebab itulah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana sebenarnya kehidupan seorang lelaki selepas berkahwin.

Namun, satu perkongsian di Threads baru-baru ini berjaya mencuri perhatian ramai.

Seorang lelaki mengemukakan satu soalan yang cukup ringkas, tetapi mengundang pelbagai jawapan yang menyentuh hati.

"Husband to husband. Aku nak tanya, apa darkside dalam mempunyai isteri?"

Pada mulanya, ramai mungkin menjangka ruangan komen akan dipenuhi rungutan atau kisah lucu mengenai kehidupan berumah tangga.

Tapi tidak disangka-sangka, soalan tentang "darkside" itu akhirnya bertukar menjadi medan para suami meluahkan penghargaan terhadap isteri masing-masing.

Malah, ramai netizen menyifatkan ruangan komen tersebut dipenuhi oleh geng suami "green forest" yang membuatkan pembaca tersenyum dari awal hingga akhir.

"Darkside saya adalah brightside. Terlalu banyak yang indah."

Ringkas, tetapi cukup untuk menggambarkan betapa mereka menghargai kehadiran seorang isteri dalam hidup.

Salah satu komen yang mendapat perhatian ramai datang daripada seorang suami yang mengakui perkahwinan membuatkan dirinya melihat pengorbanan wanita dari sudut yang berbeza.

"Darkside dia bila kita sedar apalah sangat pengorbanan kita selama ni compare dengan dia yang bawa anak dalam perut, dari kurus jadi tembam, belah perut, semata-mata nak lahirkan anak kita."

Image from: Abang Ni Tanya "Darkside" Ada Bini, Tak Sangka Dengan Jawapan Geng Suami

"Ujiannya adalah bagaimana aku menghargai hadiah yang Allah bagi."

Selain itu, antara komen yang paling mendapat perhatian ialah luahan seorang suami yang melihat isterinya sebagai hadiah daripada Allah SWT.

"Aku tak nampak darkside. Aku nampak seorang wanita yang Allah pilih untuk menemani perjalanan hidup aku. Kadang-kadang ada ujian, tapi ujiannya bukan dia. Ujiannya adalah bagaimana aku menghargai hadiah yang Allah bagi."

Sentiasa ada saat kita hilang arah

Seorang lagi suami berkongsi bahawa isterinya sering menjadi penyokong utama ketika dirinya berdepan kesukaran.

"So far lah bang, ketika kau tak mempunyai jalan untuk melihat ke hadapan, dia tolong tunjuk jalan tu. Semoga syurga buat isteriku."

Duit selalu habis, tapi rezeki tak pernah putus

Sudah tentu ada juga komen yang mencuit hati.

"Nak balik kerja adalah tu masuk chat nak coklat itu ini. Tapi Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus walaupun belanja anak bini tak banyak."

Tak dinafikan, 'masalah ekonomi' antara cabaran utama alam perkahwinan. Tapi, ramai percaya bahawa membelanjakan rezeki untuk keluarga tidak pernah membuatkan mereka miskin.

Baca juga:

"Bangga baca komen suami-suami hebat..."

Perkongsian ini akhirnya membuatkan ramai sedar bahawa perkahwinan mungkin bukan kehidupan yang sempurna. Ada cabaran, ada ujian dan ada hari-hari yang memenatkan.

Apa-apa pun, "salute" dengan jawapan-jawapan para suami ni. Terserlah betapa ramai lelaki sebenarnya menghargai wanita yang memilih untuk berjalan bersama mereka dalam perjalanan hidup yang panjang ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved