Abang Polis ‘Cair’ Lihat Gelagat 2 Beradik Tabik Hormat Setiap Kali Motosikal Lalu Depan Rumah [Video]

30 Dec 2025 • 12:30 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kanak-kanak pastinya mempunyai cita-cita mereka tersendiri. Ada yang mahu jadi anggota bomba, doktor, askar, juruterbang, polis dan sebagainya.

Kebiasaannya impian itu mula ditanam dalam jiwa selepas mereka melihat sendiri kesungguhan para petugas dalam menggalas tanggungjawab yang sudah diamanahkan depan mata atau menerusi kaca televisyen.

Mungkin bagi si kecil, wira-wira hebat ini idola di mata mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Kanak-Kanak Lepas Kantoi Kena ‘Tangkap’ Polis Kerana Main Basikal Lajak Undang Pelbagai Reaksi

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Budak Tahan Tepi Jalan Buat Ramai Berdekah. Terhibur Betul!

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Cikgu Gen Z + Murid Alpha” – Video Kerjaya Janaan AI Ketika Majlis Graduasi Raih Perhatian [Video]

2 Beradik Sanggup Diri Ketika Hujan Renyai Untuk Tabik Hormat Kepada Polis Pengiring

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@wanpieja85) apabila seorang anggota polis, Koperal Wan Mohd Faizal Wan Azman, 40, dari Cawangan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan berkongsi gelagat dua adik-beradik yang setia menunggu kemunculannya di Kampung Meranti, Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi video perkongsian, kelihatan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berumur tujuh dan empat tahun itu sedang berdiri di luar rumah sambil menunjukkan tabik hormat kepada Wan Mohd Faizal.

Tersentuh dengan telatah mereka, anggota polis itu mempelawa mereka untuk duduk di atas motosikalnya. Tersenyum lebar si abang apabila dapat duduk atas kenderaan dua roda yang besar itu. Memang jelas terpampang riak wajahnya yang teruja!

Kanak-kanak itu juga sempat bersalaman sebelum abang polis bergerak dari sana.

“Hari ni hujan-hujan pun keluar tabik ke Abam Ja (Koperal Wan Mohd Faizal) dua beradik ni. Hari ni tak sibuk sangat jadi boleh singgah sekejap layan. Abang nak naik motor adik lari pulak takut,” kongsinya di ruangan kapsyen.

@wanpieja85 Arini hujan² pon keluar tabik ke Abam Ja 2 beradik ni..Arini xbz sgt jd boleh singgah sekejap layan..Abang nk naik moto adik lari pulak takut.. image is not availableimage is not available#SelamatBersamaJSPT #motovlog #st1300 #videoviralシ #NolanHelmet@Insta360 by DroneHub.my ♬ original sound – Wanfaizal85

Tonton video penuh [DI SINI].

Sudah 3 Bulan 2 Beradik Tabik Hormat Pada Polis

Menurut Wan Mohd Faizal dipetik Sinar Harian, dua beradik itu akan keluar ke tepi jalan setiap kali terdengar bunyi enjin motosikal pengiringnya sejak tiga bulan lalu.

Tambahnya, dua anak celik itu seolah-olah sudah mengenali bunyi motosikal berkuasa tinggi yang digunakannya ketika mengiringi kenderaan rasmi Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

“Kebiasaannya mereka akan keluar sekitar jam 5 hingga 6 petang. Setiap kali lalu, mereka berdiri dan tabik. Saya perasan perkara itu sudah lama, tetapi saya tidak pernah berhenti kerana faktor keselamatan dan prosedur tugas.”

@adik.pita.meranti penutup 2025 #fyp #pitalezzetlimeranti #pasirmas ♬ original sound – Adik Pita Meranti

Tonton video penuh [DI SINI].

Namun tugas yang tidak begitu padat pada hari itu membolehkannya untuk berhenti sebentar selain bersapa dan bermesra dengan kanak-kanak yang sentiasa menunggu.

“Saya tersentuh melihat kesungguhan mereka, jadi saya ambil keputusan berhenti seketika untuk menyapa,” tambahnya lagi.

@adik.pita.meranti

my sonimage is not availableimage is not availableimage is not available

♬ original sound – Adik Pita Meranti

Tonton video penuh [DI SINI].

Ramai Geli Hati Lihat Kanak-kanak Bermesra Dengan Abang Polis

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur melihat interaksi antara dua kanak-kanak dan anggota polis itu.

“Kenangan budak ni kekal sepanjang hayat. Terima kasih Abe Ja layan kerenah budak-budak,” kata seorang lelaki.

“Sukanya dia (kanak-kanak). Dah tanam cita-cita tu nak jadi polis masa besar nanti. Kalau tak percaya cuba tanya dia nanti. Terbaik,” tambah seorang lagi netizen.

Malah ramai juga memuji Wan Mohd Faizal kerana sudi bermesra dengan kanak-kanak yang sopan itu.

“Paling respect kalau jumpa polis yang sopan, peramah dan sporting macam abang ni,” ujar seorang pengguna TikTok.

Berikut antara komen-komen warganet:

image is not available
image is not available
image is not available
image is not available
Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Polis Wanita Jaga Anak Banduan Raih Pujian Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Anggota Polis Sumbang Bantuan Kepada Keluarga Susah Selepas Keluarkan Saman Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Hanya Jaga Keselamatan Orang” – Anggota Polis Trafik Tular Selamatkan Anak Monyet Di MRR2 [Video]