'Abang rambut perang' dapat motosikal baharu di KLIA

28 Jan 2024 • 6:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Derrick (tengah) bersama jentera yang disumbangkan Modenas di KLIA. Foto Modenas

image is not available
Derrick (tengah) bersama motosikal yang disumbangkan Modenas di KLIA. Foto Modenas

image is not available
Laporan Sukan Sinar pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pengorbanan pemain ke-12 Harimau Malaya, Derrick Gan menjual motosikalnya bagi menyaksikan Piala Asia 2023 berbaloi selepas dia ‘dihadiahkan’ jentera baharu jenama motosikal tempatan, Modenas sebaik tiba di tanah air.

Menerusi satu kemaskini di laman Facebook Modenas yang dikongsikan daripada hantaran sebuah stesen radio swasta tempatan, Derrick menerima motosikal itu selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

**media[2516514]**

“Alhamdulillah rezeki buat @derrickganjr terima motosikal dari @modenas.malaysia. Derrick, teruskan support dan jadi pemain ke-12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!,” demikian menurut hantaran stesen radio swasta tempatan tersebut.

**media[2516513]**

Derrick sebelum ini mencuri mencuri tumpuan selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua Harimau Malaya semasa aksi terakhir Kumpulan E Piala Asia Qatar 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Tangisan Derrick itu mendapat perhatian apabila turut tular kisahnya yang menjual sebuah motosikal untuk menyaksikan penampilan skuad kendalian Kim Pan-gon di Doha.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved