Abang Rita Rudaini meninggal dunia akibat serangan jantung

LocalEntertainment
15 Nov 2026 • 12:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Abang Rita Rudaini meninggal dunia akibat serangan jantung
Ahmad Musyaiful (kanan) yang juga abang sulung pelakon Rita Rudaini dilaporkan rebah ketika berada di tempat tugas sebelum disahkan meninggal dunia.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dilaporkan meninggal dunia di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada Ahad dipercayai mengalami serangan jantung.

Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, yang juga abang sulung pelakon Rita Rudaini, dilaporkan rebah ketika berada di tempat tugas sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi.

"Ya, meninggal dunia di tempat tugas Kastam Kelana Jaya, arwah menghidap sakit jantung dan mendapat rawatan sebelum ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan Rita berdepan detik pilu selepas kehilangan abang sulungnya yang meninggal dunia di PPUM selepas rebah ketika menghadiri program membabitkan JKDM di Kelana Jaya.

Sementara itu, JKDM dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham yang berpangkat Pegawai Kastam Tinggi (WK3) dan bertugas di Perlis rebah selepas menyertai aktiviti sukan di Kompleks Kastam WPKL.

Aktiviti berkenaan diadakan sempena persiapan Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang sedang berlangsung.

Allahyarham kemudian menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved