Rebah ketika bertugas, abang Rita Rudaini meninggal dunia

Entertainment
15 Nov 2026 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Rebah ketika bertugas, abang Rita Rudaini meninggal dunia
Abang kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar (gambar kecil) menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM pada Ahad.

 

ABANG kepada pelakon, Rita Rudaini iaitu Ahmad Musyaiful Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.46 pagi Ahad di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Menerusi perkongsian yang dibuat Melodi di Instagram, Allahyarham yang berusia 51 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir selepas rebah ketika menjayakan satu program membabitkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kelana Jaya.

Menerusi perkongsian yang sama, Rita yang sedang berada di hospital dilihat sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika berdiri di samping jenazah jenazah abangnya.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa pulang ke kampung halaman di Kangar, Perlis untuk urusan pengebumian.

Walau bagaimanapun, belum ada maklumat lanjut berhubung punca kematian Allahyarham.

Salam takziah buat Rita Rudaini atas pemergian abang tercintanya. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved