Abang Rita Rudaini ada sejarah sakit jantung

LocalEntertainment
15 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abang Rita Rudaini ada sejarah sakit jantung

PETALING JAYA – Abang sulung pelakon Rita Rudaini, Ahmad Musyaiful Mokhtar, 51, meninggal dunia selepas rebah ketika berada di tempat tugas di Kompleks Kastam Kelana Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Ya, meninggal di tempat tugas Kastam Kelana Jaya. Arwah menghidap sakit jantung dan mendapat rawatan sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, Allahyarham merupakan Pegawai Kastam Tinggi (WK3) yang bertugas di Perlis.

Menurutnya, Allahyarham rebah selepas terlibat dalam aktiviti sukan di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) sempena persiapan Pesta Sukan Kementerian Kewangan yang sedang berlangsung.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Rita berdepan detik pilu apabila abang sulungnya meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi tadi di PPUM selepas rebah ketika menghadiri acara membabitkan JKDM di Kelana Jaya. – KOSMO! ONLINE

The post Abang Rita Rudaini ada sejarah sakit jantung appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved