“Dah Sampai Masa Saya Berkahwin & Ada Anak” – Lee Minho

24 Aug 2024 • 9:50 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Sedar tak sedar, dah 18 tahun Lee Min-ho aktif dalam dunia seni.

Dalam sidang media drama “Pachinko 2”, lelaki itu berterima kasih kepada semua hal yang menstabilkan dirinya sepanjang tempoh karier ini.

Ulasnya mengenai perancangan masa hadapan,

Apabila saya memandang ke hadapan untuk 15 tahun yang akan datang, saya sedang berusaha untuk mencari sesuatu yang berlawanan. Ini mungkin berkaitan dengan perkahwinan atau mempunyai anak.

image is not available

Lee Min-ho mengakui bahawa dia perlu berfikir perkara ini dengan lebih serius,

Bukannya saya ingin berkahwin sekarang, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya merenung dan mempertimbangkan tentang perkahwinan dengan serius.

Siapa agaknya wanita yang akan berjaya menambah hati Lee Min-ho kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.