
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bergelar usahawan bukan lah sesuatu yang mudah, ada sahaja cabaran dan rintangan harus ditempuhi terutamanya melibatkan pesaing yang turut menjual produk sama.
Malah, antara isu lain yang harus dihadapi apabila terdapatnya individu-individu tidak bertanggungjawab tergamak meniru hasil kerja mereka dengan menciplak rekaan produk tersebut.
Perkara tersebut masih lagi berlaku sehingga hari ini dan ia telah menimbulkan kesulitan terhadap peniaga yang telah bekerja keras bagi mengusahakan jenama mereka.
Produk milik Noraniza Idris didakwa telah diciplak
Jika sebelum ini, produk usahawan terkenal, Khairul Aming iaitu Sambal Nyet yang ditiru, kini produk dari jenama Che Ani Premium milik penyanyi Noraniza Idris pula yang didakwa telah diciplak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @cheanipremium, produk tiruan Marukku Salted Egg itu dijual di sebuah kedai runcit.
Jelas kelihatan rekaan pada bungkusan tersebut antaranya jenis ‘font’, corak dan warna serta jenama juga mirip produk muruku yang sebenar.
Pemilik kedai runcit enggan beri kerjasama
Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang dipercayai pemilik kedai runcit berkenaan enggan memberi kerjasama dan seakan bersikap berang.
Lelaki terbabit tidak mahu memberitahu daripada mana produk tiruan yang dijual di kedainya itu diperolehi ketika ditanya.
“Kalau pasal dapat saya tak boleh bagi tahu bang, itu hal saya. Tak usah tahu bang, kalau soal saya dapat dekat mana, saya tak bagi tahu.
“Abang bawa yang punya abang (produk Che Ani) dan nak sama-samakan dengan yang ini (produk tiruan) tak boleh bang, ini saya punya,” kata lelaki itu.
Bagaimanapun, lelaki tersebut tidak menghalang sekiranya produk tiruan terbabit ingin dibeli kesemuanya.
@cheanipremium Tau tau je ada “Cik Annie”.. mungkin takda idea lain dah kot. Ikit Che Ani Premium sebijik sebijik pulak. Apa patut kami buat ya? #fyp #fypシ #trending #viral #cheanipremium #fake ♬ original sound – CHE ANI PREMIUM
Ramai geram dengan respon pemilik kedai
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial yang melihat video terbabit berasa geram dengan respon yang diberikan oleh pemilik kedai runcit itu.
Menurut mereka, bukan hanya produk berkenaan yang harus diambil tindakan, sebaliknya kedai runcit itu juga dicadangkan untuk dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDK).
Tidak kurang juga ada yang meminta agar pihak Imigresen datang memeriksa pemilik kedai itu yang didakwa mereka sebagai warga asing.
Selain itu, ada pula segelintir netizen yang mendakwa bahawa perkara terbabit hanyalah marketing semata-mata.





Baca Artikel Berkaitan: “Ramai Customer Tertipu” – Khairul Aming Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Ciplak Sambal Nyet

![“Tak Suka? Kumpul Duit Sendiri” – Tauke Berang Anak Mengeluh Bapa Beli Motosikal Tak Ikut Cita Rasa [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)
![Ramai Puas Hati Lihat Pemandu Vios Kena Tahan Polis Peronda Lepas Tunjuk Isyarat Lucah [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)


![Wanita Hanya Mampu Lambai Lihat ‘Belon Duit’ Terbang Ke Langit Buat Ramai Terhibur [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)
![PROTON X50 Kini Tampil Dengan Gaya Serba Baharu & Berteknologi Tinggi [Foto]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)