Abang Tesla Buat Ucapan Hari Jadi Buat Isteri Kedua, Isteri Pertama Sebagai ‘Hadiah’

Entertainment
15 Sep 2023 • 6:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Abang Tesla sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia ada muat naik satu foto ucapan hari ulang tahun kelahiran isteri keduanya di Instagram.

Dia yang kini berada di Tanah Suci bersama kedua-dua isterinya itu menyatakan tiada hadiah buat isteri keduanya.

Dalam ruangan kapsyen perkongsian ini, biarpun tiada hadiah yang diberikan semepna hari jadi, dia menghadiahkan isteri pertamanya kerana telah menerima dirinya seadanya.

“Happy birthday @nrsyaafqhh . sy takda hadiah nak bagi. Tapi hadiah terindah adalah @n.majdina yg boleh terima awk seadanya. Semoga menjadi isteri yg taat kepada Allah dan Taat kepada suamimu. InsyaAllah Allah permudahkan urusan kita semua. Amin!!”

image is not available image is not available

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemantauan kami, dilihat ruangan komen perkongsian itu telah ditutup.

Sebagai rujukan, Abang Tesla menjadi perhatian warganet semenjak dia muat naik videonya memujuk isteri pertamanya usai mengerjakan solat subuh di mana ia merupakan beberapa jam sebelum berlangsungnya pernikahan dengan isteri kedua.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen berkenaan kenyataan isu poligami dikeluarkannya, malah dirinya sekali lagi menjadi perhatian berikutan dengan pendiriannya yang didakwa akan berkahwin lain jika isteri barunya itu tidak mampu memberikan zuriat.

Sumber : Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved