Abang Tesla Dakwa Ditaja Pergi Umrah Tapi Pihak Andalusia Nafi Pula

7 Sep 2023 • 2:36 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Abang Tesla dan dua orang isterinya ketika ini berada di tanah suci untuk mengerjakan Umrah bersama. Bagaimanapun, ada pula pihak yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas Abang Tesla mendakwa dirinya telah ditaja pihak Andalusia.

Sedar tentang perkara ini, pihak syarikat dan ejen penyedia perkhidmatan umrah terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd tampil menafikan dakwaan berkenaan.

image is not available

Perkara tersebut dimaklumkan pengurusan tertinggi syarikat tersebut di mana mereka menegaskan bahawa pensohor itu dan keluarga telah membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah mereka sendiri.

Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial, Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya.

Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.

Berikutan itu, pihak mereka berharap dakwaan tidak benar tersebut dapat dihentikan dan memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang telah timbul.

image is not available

Abang Tesla juga dilihat sudah memadam kapsyen yang mengatakan dirinya ditaja pihak Andalusia. Apapun, kita doakan sahaja agar perjalanan mereka di sana dipermudahkanNya.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.