Bahagia peluk dua2 isteri, netizen lelaki dah berani jadikan Abang Tesla ‘idola’

7 Sep 2023 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Perkongsian influencer, Abang Tesla yang memaklumkan akan berangkat mengerjakan umrah bersama kedua-dua isterinya telah mendapat perhatian netizen semula.

Mana tidaknya, dalam posting tersebut, buat pertama kalinya dia berkongsi wajah isteri kedua, Syafiqah Hanafi yang turut ada bersama Abang Tesla dan isteri pertamanya, Nurmajdina Jamari.

“Abang inspirasi saya”

Terbaru, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri telah memuat naik video berjalan berpelukan dengan kedua-dua isteri sambil masing-masing tersenyum lebar di media sosial.

Apa yang menarik perhatian adalah komen-komen daripada netizen terutamanya golongan lelaki apabila sudah berani ‘bersuara’ dengan mengatakan bahawa influencer berkenaan ‘idola’ mereka buat masa sekarang kerana dapat ‘mendamaikan’ kedua-dua isteri.

image is not available

“Ajar kami sifu”

image is not available

Idola kaum lelaki

image is not available

 

Semoga terus bahagia

 

image is not available

Kongsi la sikit tips dapat keberanian

image is not available

Hal ini sudah tentu bertolak belakang dengan video di awal munculnya isu Abang Tesla ini kerana ramai yang mengecam hebat tindakannya memuat naik video tiga jam sebelum mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan wanita lain.

Tedahulu, isu influencer berusia 28 tahun itu yang memadukan isteri pertamanya telah mendapat kecaman ramai lebih-lebih lagi selepas ada dakwaan mengatakan dia berpoligami disebabkan zuriat.

Walaupun ramai kaum isteri ‘meradang’ apabila melihat Abang Tesla memuat naik momen isteri pertamanya menangis teresak-esak selepas diberitahu bakal dimadukan, wanita berkenaan dilihat tetap setia dengan suami dan seakan reda dengan takdir perkahwinannya.

Semoga yang terbaik buat mereka semua dan mendapat kebahagian yang dicari.

Sumber: TikTok abg.tesla