Ini Rupanya Sebab Abang Tesla Bawa Dua Isteri Sekali Tunai Umrah

7 Sep 2023 • 3:18 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pensohor media sosial penuh kontroversi, Abang Tesla atau nama sebenarnya Mohammad Khaliltizam Yusri,28, memaklumkan bahawa ibadah umrah yang dilaksanakan adalah pertemuan kali kedua buat isteri-isterinya itu.

Ditemui Gempak, Khalil berkata kedua-dua isterinya iaitu Nurmajdina dan Nursyafiqa tidak pernah bersua muka kecuali pada waktu di mahkamah untuk urusan pernikahan kali kedua sebelum ini.

Mereka pernah berjumpa sekali sahaja sebelum ini. Itu pun atas urusan kami di mahkamah. Jadi dengan ibadah Umrah ini saya harap mereka dapat berjumpa dalam keadaan yang baik.

Maklum lelaki ini lagi, dia memilih tanah suci sebagai lokasi percutian mereka bersama kerana ingin merapatkan hubungan kedua-dua isterinya itu.

Saya memilih Umrah kerana bagi saya macam mana pun Allah yang akan selesaikan masalah ini. Apa-apa pun kita perlu cari Allah, kalau hubungan kita suami isteri tak baik pun cari Allah.

Di sana saya yakin akan ada satu kemanisan untuk rapatkan hubungan ini. Asbab yang berlaku mungkin lepas ni dapatlah kemanisan tu.

Terdahulu, nama Abang Tesla mula menjadi tumpuan warga maya apabila dia ada memuat naik video isteri pertama yang menangis di tikar sejadah usai solat setelah dia meluahkan hasrat untuk bernikah kali kedua.

Perkongsiannya itu kemudian mendapat kecaman ramai pihak kerana didakwa sengaja menjadikan isu sensitif seperti poligami sebagai konten media sosial.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved