Abang Tesla dedah Aslam ‘borong’ tiga iPhone 17 Pro Max -“Lupa ada 2 rumah”

EntertainmentLifestyle
20 Sep 2025 • 5:07 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
abang tesla

Usahawan dan juga influencer terkenal, Abang Tesla mendedahkan Aslam yang merupakan suami kepada Marissa Dania telah memesan tiga buah iPhone 17 Pro Max keluaran terbaru.

Abang Tesla dedah Aslam order 3 iPhone 17

Menerusi perkongsian tersebut, Abang Tesla telah membawa tiga buah telefon pintar terbabit di sebuah restoran sebelum menyerahkannya kepada Aslam dan isteri, Umisya.

@abg.tesla

Replying to @qilahazman_ Pehh.. Bukan kaleng2 ini org. Baru keluar terus nak sauk 3 biji ip17 promax! korang kalau nak murah jom preoder dengan aku.

♬ original sound - ABG.TESLA - ABG.TESLA

Abang Tesla lupa Aslam ada 2 rumah

Dalam pada itu, influencer itu turut berseloroh dengan bertanyakan kepada Aslam iPhone 17 tersebut ingin diberikan kepada siapa memandangkan dia memesan tiga buah sekaligus.

“Bukan biasa-biasa.

“Baru keluar terus nak ambil tiga biji Iphone 17 Pro Max…

“Aku ingat Aslam nak dua je.

“Lupa, ada dua rumah,” ujar Abang Tesla.

image is not available

Satu lagi tu untuk siapa?

Walau bagaimanapun, lelaki itu hanya menyatakan bahawa ia kepunyaannya dan Umisya, manakala sebuah lagi masih menjadi tanda tanya.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan ada di antara mereka kagum dengan kemampuan Aslam.

Ada juga yang cuba meneka-neka sebuah telefon terbabit berkemungkinan untuk isteri keduanya, Marissa Dania walaupun tidak dinyatakan di dalam video terbabit.

image is not available

Kaya juga Aslam ni

image is not available

Sekadar info, Ahmad Aslam telah bernikah dengan anak kepada selebriti terkenal, Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania di Songkla, Thailand pada Disember 2023.

Namun begitu, Aslam ketika itu sudah pun beristeri dan memiliki tiga orang cahaya mata bersama isteri pertamanya, Umisya dan perkahwinan mereka kekal bahagia hingga kini.

Sumber: TikTok abgtesla