
ABARO Takraw Diperkenal, ABARO Perkasa Persiapan Skuad Sepak Takraw Selangor Ke SUKMA 2026 Bersama PSS
Menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, jenama kasut tempatan ABARO terus mengorak langkah dalam memperkukuh komitmennya untuk pembangunan sukan sepak takraw menerusi pelancaran ABARO Takraw, kasut yang direka dengan ciri-ciri istimewa untuk memenuhi keperluan atlet sepak takraw.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, ABARO turut menyumbang sebanyak RM10,000 serta 56 pasang kasut ABARO Takraw kepada Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) bagi menyokong persiapan skuad sepak takraw lelaki dan wanita Selangor menghadapi SUKMA 2026 selain memperkenalkan secara rasmi barisan pemain kedua-dua pasukan menjelang temasya itu.
Pelancaran ini turut menandakan bermulanya kempen ABARO Langkah Juara, sebuah inisiatif yang mencerminkan komitmen ABARO dalam memperkasakan pembangunan atlet serta menyumbang kepada perkembangan sukan sepak takraw di Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Operasi ABARO, Kevin Soh Kian Wee, kerjasama dengan Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS) lahir daripada matlamat bersama terhadap potensi besar sukan sepak takraw. “Matlamat inilah yang menyatukan ABARO dan PSS. Di ABARO, kami percaya kejayaan sesebuah sukan bermula dengan pembangunan di peringkat akar umbi.
Sebagai jenama tempatan, kami mahu memainkan peranan untuk menyumbang kembali kepada komuniti tempatan yang menjadi nadi kepada perkembangan sukan ini melalui generasi baharu pemain sepak takraw.
Melalui kerjasama ini, kami berharap kasut ABARO Takraw dapat diakses dengan lebih meluas, sekali gus memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk mengenali dan menceburi sukan ini. Setiap perjalanan seorang juara bermula dengan langkah pertama di gelanggang sekolah,” katanya.

“Majlis hari ini diadakan bukan sekadar bagi meraikan para pemain yang telah meraih tempat dalam skuad SUKMA Selangor, tetapi turut meraikan hasil kerja keras dan disiplin dan ketabahan mereka untuk berada di tahap ini. Ketika mereka bersiap sedia untuk menghadapi SUKMA 2026, sokongan daripada rakan strategik seperti ABARO dapat memberikan sutikan semangat untuk mereka menumpukan perhatian memberikan prestasi terbaik."
"Bagi kami, kerjasama seperti ini melangkaui tajaan semata-mata. Ia merupakan satu pelaburan terhadap pembangunan atlet serta masa depan sukan sepak takraw negara. Kami berharap komitmen yang ditunjukkan oleh ABARO mampu menjadi inspirasi kepada lebih banyak jenama tempatan untuk bersama-sama menyokong generasi baharu pemain sepak takraw,” kata Dato’ Haji Ahmad Zaffry bin Sulaiman, Presiden Persatuan Sepak Takraw Selangor (PSS).
Turut menyertai kempen ini sebagai ABARO Takraw Pro ialah pemenang pingat emas Sukan SEA merangkap pemain sepak takraw kebangsaan, Farhan Adam, yang berharap inisiatif ini dapat menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan muda, untuk menceburi sukan sepak takraw sambil merasai sendiri penggunaan ABARO Takraw yang direka khas untuk sukan tersebut.
Farhan Adam menegaskan bahawa kasut memainkan peranan penting dalam sukan sepak takraw kerana memerlukan pergerakan yang aktif dan lincah sepanjang berada di gelanggang. "Dalam sukan sepak takraw, kami sentiasa bergerak, melompat dan membuat libasan yang pantas. Sebab itu pemilihan kasut yang sesuai sangat penting. Bagi saya, ABARO Takraw memberikan cengkaman yang baik di gelanggang dan membuatkan kaki terasa stabil tanpa rasa terlalu ketat. Ruang di bahagian hadapan kasut juga luas, jadi saya boleh memakainya dengan selesa sepanjang sesi latihan mahupun ketika perlawanan,” katanya.

Direka khusus bagi memenuhi keperluan permainan sepak takraw, ABARO Takraw menawarkan gabungan keselesaan, cengkaman dan fleksibiliti untuk membantu pemain memberikan prestasi terbaik di gelanggang. Kasut ini dilengkapi tapak luar getah anti-gelincir bagi memastikan cengkaman yang lebih baik, tapak dalam getah yang menyerap hentakan untuk keselesaan optimum, serta tapak luar fleksibel yang menyokong pergerakan yang lebih lincah.
Bahagian pelindung getah pada hujung kasut pula memberikan perlindungan tambahan ketika melakukan libasan berulang kali. Ia turut dilengkapi dengan rekaan gelung pada bahagian belakang kasut memudahkan kasut pemakaian, manakala pilihan warna hitam dan putih yang klasik menyerlahkan gabungan prestasi serta gaya yang versatil.

Bersempena dengan kemeriahan SUKMA 2026, ABARO mengajak rakyat Malaysia turut sama meraikan temasya sukan itu menerusi Kempen ABARO Langkah Juara. Kempen ini diterajui oleh ABARO Takraw Pro, Farhan Adam, yang mencabar peminat sepak takraw di seluruh negara untuk mempamerkan aksi libas ikonik masing-masing menerusi #RajaLibasChallenge, pertandingan digital yang berlangsung dari 3 hingga 31 Ogos 2026. Klik DI SINI untuk saksikan video penuh cabaran Farhan Adam!
Langkah penyertaan adalah mudah:
Rakam aksi atau gaya Libas terbaik anda.
Muat naik rakaman tersebut di Instagram atau TikTok menggunakan #RajaLibasChallenge serta tag @abaroshoes.
Lengkapkan penyertaan dengan menghantar kata kunci "LIBAS" menerusi mesej langsung (DM) ke akaun rasmi Instagram atau TikTok ABARO.

Lima peserta yang menghasilkan aksi Libas paling mengagumkan berpeluang memenangi hadiah eksklusif berupa sepasang kasut ABARO Takraw istimewa dengan tandatangan inisial Farhan Adam, jersi ABARO yang ditandatangani oleh Farhan Adam dan baucar ABARO bernilai RM200.
Sementara itu, 10 pemenang hadiah saguhati masing-masing akan menerima baucar ABARO bernilai RM100 serta jersi ABARO yang ditandatangani oleh Farhan Adam. *Tertakluk kepada terma dan syarat
ABARO Takraw kini dijual pada harga RM59.99 sepasang. Sempena pelancarannya, pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 20% untuk pembelian melalui laman web rasmi ABARO bagi tempoh yang terhad. Selain itu, kasut ABARO Takraw juga boleh didapati di akaun rasmi ABARO di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.






