
KOTA BHARU: Aktivis masyarakat Abbe Hea atau Mohd. Azhan Mohd. Adnan mendedahkan modus operandi baharu untuk membawa pendatang asing tanpa izin (PATI), termasuk warga Rohingya menggunakan sebuah van kurier.
Pendedahan itu dibuat Abbe Hea menerusi satu hantaran laman sosial Facebook yang dimuat naik hari ini dan kemudian dikongsi oleh 1,900 pengguna.
“Gambar kurang jelas sebab Abbe screenshot (tangkap layar) dari video, lain kali geng-geng CCTV (kamera televisyen tertutup) kena berani sikit ambil video.
“Perhatikan dua warga asing ni menuju ke van. Dia buka pintu van tetiba keluar makhluk dari van..Hah yang keluar dari van tu adalah PATI atau Rohing. Susah sangat nak bawa dengan kenderaan biasa kita pos jerlah pakai van,” tulisnya.
Mengulas lanjut, Abee Hea memberitahu, kumpulan ini semakin berani sekarang disebabkan ramainya ‘si buang’ bersama dengan mereka.
“Kenapa Abbe kata berani..Ni bukan lokasi yang tersembunyi tapi lokasi terbuka..Lokasinya adalah Wakaf Che Yeh.
“Apa kata kalian semua..buat semua cctv abbe jangan lupa untuk sentiasa merakam dan postkan setiap aktiviti haram di platform media social masing masing..Kalian kena berani untuk berjuang demi masa depan anak cucu kalian,” ujarnya.
Abee Hea turut mendesak supaya pihak berkenaan menjalankan siasatan berhubung perkara tersebut.-UTUSAN
The post Abbe Hea dedah taktik seludup PATI guna van kurier appeared first on Utusan Malaysia.






