Abbe Hae dakwa wujud taktik baharu seludup PATI guna van kurier

27 Oct 2026 • 9:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Abbe Hae dakwa wujud taktik baharu seludup PATI guna van kurier
Tangkap layar satu hantaran aktivis masyarakat, Abbe Hae berhubung dakwaan taktik baharu membawa PATI menggunakan van kurier mencetuskan perhatian pengguna media sosial.

KOTA BHARU – Satu hantaran aktivis masyarakat, Abbe Hae, berhubung dakwaan taktik baharu membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan van kurier mencetuskan perhatian pengguna media sosial.

Hantaran pengasas Pertubuhan Jejak Jalanan itu meraih 5,900 tanda suka, 965 perkongsian dan 758 komen dalam tempoh kira-kira sejam selepas dimuat naik di Facebook pada Selasa.

Abbe Hae atau nama sebenarnya, Mohd Azhan Mohd Adnan mendakwa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki dipercayai warga asing menghampiri sebuah van kurier sebelum seorang individu dilihat keluar dari kenderaan berkenaan.

“Perhatikan dua warga asing ini menuju ke van. Dia buka pintu van, tiba-tiba keluar seorang individu dari dalam van.

“Susah sangat nak bawa dengan kenderaan biasa, kita pos sahajalah guna van. Mereka semakin berani sekarang disebabkan ramainya pihak yang bersubahat dengan mereka,” tulisnya menerusi hantaran berkenaan.

Menerusi hantaran itu, beliau mendakwa individu terbabit dipercayai warga asing dan berkemungkinan daripada etnik Rohingya.

Beliau turut menyifatkan kejadian yang didakwa berlaku di kawasan terbuka di negeri ini sebagai sesuatu yang membimbangkan sekiranya benar melibatkan kegiatan membawa masuk atau memindahkan PATI menggunakan kaedah tersebut.

Abbe Hae turut menggesa orang ramai supaya lebih peka dan menyalurkan rakaman berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan melalui saluran yang sesuai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved