Abby Abadi Akui Apa Yang Berlaku Di Luar Jangkaan, Mohon Doakan Yang Baik-Baik

EntertainmentLifestyle
27 Apr 2025 • 8:20 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Selepas pendedahan panas yang dibuat pelakon Abby Abadi, Norman Hakim mengambil langkah tenang dengan memujuk bekas isterinya itu secara bersemuka.

Menerusi klip pendek yang tular, Norman dilihat ‘menerjah’ rumah Abby ketika wanita itu sedang live di TikTok.

Norman Hakim dan Marissa ‘terjah’ Abby Abadi

image is not available

Turut hadir bersama Norman adalah anak perempuannya, Marissa Dania yang menjadi bualan hangat baru-baru ini.

Terbaru, Abby menjelaskan apa yang berlaku kali ini adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

@abbyabadi.exclusive

Koranggggg.. yg ni…. di luar jangkaan.. Maafkan Sy. Nanti Sy cerita panjang lebar ye…… Sy share sikit dulu…. nanti Sy share lagiii.. Sy keluar kan yg ada suara ye biar lagi jelas. Takde drama, takde nk prank ke apa.. memang inilah dia Yg pasti Sy mohon terus Doakan yg baik2 utk kita semua

♬ bunyi asal – PokJatt.. – PokJatt..

Katanya, beliau akan berkongsi cerita dengan lebih panjang lebar nanti dan meminta orang ramai untuk mendoakan yang baik-baik sahaja.

Tambah Abby lagi, beliau akan berkongsi rakaman suara bagi memperjelaskan keadaan sebenar supaya tiada sebarang spekulasi atau drama yang tidak diingini.

Saya share sikit dulu. Nanti saya share lagi. Saya keluarkan yang ada suara ye biar lagi jelas. Takde drama, takde nk prank ke apa.. memang inilah dia.

Abby turut memohon agar semua terus mendoakan kebaikan untuk dirinya dan semua yang terlibat.

Meninjau ke Instagram, Norman Hakim memuat naik gambar menunjukkan dirinya bersama isteri serta Abby Abadi dan Marissa sedang duduk semeja menikmati makan malam.

image is not available

Norman memaklumkan mereka telah duduk berbincang secara baik untuk menjernihkan semula keadaan.

Pssttt! Tindakan Norman menyelesaikan isu secara tertutup adalah tepat untuk mengelakkan banyak lagi aib dibuka. Semoga keluarga ini baik-baik je.
Kredit: TikTok Abby Abadi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.