Abby Abadi, Norman Hakim Tak Gaduh, Diibaratkan Sebagai Tom & Jerry! Siap Peluk Memey Lagi - “Itulah, Jangan Biarkan Saya Bercakap”

26 Apr 2025 • 10:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Norman Hakim dilihat sudah bertemu dengan bekas isterinya iaitu aktres Abby Abadi selepas tular dakwaan kononnya berlaku perselisihan antara mereka.
 

Ibarat Tom & Jerry


Norman menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram telah memuat naik video pendek merakamkan dirinya bersama Abby sedang berbual dan ketawa sebelum memasuki sebuah kedai makan.



Seolah-olah tiada apa yang berlaku, Norman juga turut menunjukkan satu hantaran portal dakwaan kononnya dia pernah mengasari Abby.

"Exaggerate (berlebih-lebih)," katanya.


Mendengar kata-kata Norman itu, Abby kemudiannya membalas ringkas.

"Itulah jangan biarkan saya bercakap," ujarnya.

 


Abby, Memey berpelukan


Malah kedengaran juga suara isteri Norman iaitu Memey Suhaiza melabelkan kedua-duanya sebagai watak kartun animasi popular, Tom & Jerry.

“This is my Tom & Jerry,” ujarnya sambil ketawa.


Video itu juga turut merakamkan momen berpelukan antara Abby dan juga Memey.



Berikut merupakan video penuh Abby, Norman dan Memey.


 


Terdahulu, Abby secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangga yang pernah berlaku sebelum dan selepas dia bercerai dengan Norman.



Antara perkara yang pernah disebut adalah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain mengabaikan nafkah anak.



Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.



Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.



Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015.



Norman pula kemudiannya berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.