Pelakon Abby Abadi meluahkan harapan agar anak perempuannya, Marissa Dania, berpeluang mengadakan majlis resepsi perkahwinan yang indah serta diraikan mengikut adat dan budaya.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, berkata sebagai seorang ibu, dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya dan berharap Marissa dikurniakan rezeki untuk menikmati detik bersejarah yang bermakna.
View this post on Instagram
“Saya tengah berangan, doakan untuk anak saya Marissa Dania ada rezeki merasa majlis yang indah-indah.”
“Supaya menjadi kenangan abadi untuk diri dia. Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya.”
Tambah Abby lagi, dia turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya dipermudahkan serta dikurniakan ketenangan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.
View this post on Instagram
“Semoga ada rezeki untuk anak ini. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan.”
“Serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan. Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman.”
Sekadar info, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Thailand pada 27 Disember 2023. Difahamkan, sehingga kini pasangan berkenaan masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aprena Manrose Buka Hijab, Nazim Othman Pertahan Rakan Industri - "Dia Ada Pegangan Cuma Dalam Fasa Rapuh"
The post Abby Abadi Berangan Adakan Majlis Resepsi Untuk Marissa Dania – “Dia Juga Berhak Diraikan Sebaiknya” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

