Penampilan Nadia Brian di majlis resepsi Erra Fazira dikecam netizen – “Over sangat, tak sesuai..”

EntertainmentLifestyle
29 Dec 2025 • 4:38 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penampilan pelakon Nadia Brian ketika menghadiri majlis resepsi Primadona Malaysia, Erra Fazira dan usahawan Ezwan Zain, baru-baru ini telah mengundang perhatian ramai di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nadia di laman Threads, dia berkongsi beberapa gambar sekitar majlis tersebut dengan mengenakan gaun berwarna ungu.

Penampilan Nadia Brian

image is not available

image is not available image is not available

Gaun tak sesuai

Bagaimanapun, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa busana yang digayakan oleh Nadia atau nama lengkapnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi tidak bersesuaian selain dianggap terlalu berlebihan.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Over, pergi majlis orang kena beradab

Malah, ada juga individu menasihati aktres berusia 34 tahun itu supaya memilih gaya yang lebih sederhana sebagai tanda menghormati pengantin.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Artikel lain: Risteena nafi rumah tangga bergolak! Tegaskan cerai bukan ayat main-main

Sementara itu, Nadia dalam hantaran tersebut menzahirkan ucapan tahniah kepada Erra dan suaminya atas mahligai yang dibina dan berharap pasangan merpati dua sejoli itu kekal bahagia hingga ke jannah.

image is not available

Pada 12 Disember lalu, Erra dan Ezwan selamat bergelar sebagai suami isteri dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Erra dimana pernah berkahwin dengan penyanyi dan komposer Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003 namun bercerai pada 2006.

Dia kemudiannya berkahwin dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan.

Bagaimanapun, mereka berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.

Sumber: Threads @Nadia Brian