Abby Abadi Berangan Ingin Buatkan Majlis Sanding Untuk Marissa Dania

LocalFamily & Parenting
29 Dec 2025 • 12:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Abby atau nama penuhnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, meluahkan harapan agar anak perempuannya, Marissa Dania, dikurniakan rezeki untuk menikmati majlis perkahwinan yang indah dan bermakna.

Sebagai seorang ibu, Abby berkata dia sentiasa mendoakan kebahagiaan anaknya dan berharap Marissa berpeluang merasai detik bersejarah yang boleh menjadi kenangan berharga sepanjang hayat.

@abbyabadi.exclusive

Mama tengah berangan ni.. Berangankan free hihi.. Doakan utk Anak cantik Mama @Marissa Dania ni agar ada rezeki merasa majlis yg indah2… supaya jadi kenangan abadi utk diri dia.. sbb dia juga berhak diraikan sebaiknya image is not available Ya Allah, semoga ada rezeki utk anak ini Ya ALLAH. Majlis yg serba indah, yg penuh ketenangan, serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan, lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman. Aminnnnn.. tolongg Aminkan sekali doa Mamanya ini image is not availableimage is not available

♬ Berteman sepi – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

“Saya tengah berangan, doakan untuk anak saya Marissa Dania ada rezeki merasa majlis yang indah-indah. Supaya menjadi kenangan abadi untuk diri dia. Sebab dia juga berhak diraikan sebaiknya,” katanya.

Tambah Abby lagi, dia turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya dipermudahkan serta dikurniakan ketenangan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

“Semoga ada rezeki untuk anak ini. Majlis yang serba indah, yang penuh ketenangan. Serikanlah wajahnya dengan cahaya kebahagiaan. Lapangkanlah jiwa raganya dan peliharalah kehidupannya daripada segala ujian yang melemahkan iman,” ujarnya.

Sekadar info, Marissa Dania telah mendirikan rumah tangga bersama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua dalam satu majlis yang berlangsung di Thailand pada 27 Disember 2023.

Difahamkan sehingga kini pasangan berkenaan masih belum mengadakan sebarang majlis resepsi secara rasmi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.